Followers

Tuesday, March 8, 2011

Perkim- Jelajah Kebajikan Ke Melaka

Melaka Bandaraya sejarah menjadi tempat persinggahan untuk kami mengedalikan kebajikan pada tahun 2011. Terdapat Pelbagai pengalaman yang dapat kami kongsi bersama semasa penjelajahan kami disana..Amat mengembirakan kerana semua ahli baik-baik belaka dan punyai ciri-ciri kepimpinan yg boleh diterapkan pada masa hadapan. Kunjungan kali ini disertai oleh Ahli Me & Mt lama Kelab Perkim sesi 2009/2010 dan Ahli Me & Mt baru Perkim Kuis Sesi 2011/2012 ,program ini juga mendapat sokongan dr Kelab Perkim Kebangsaan. Amat mengembirakan apabila kami dapat bersama-sama dengan warga Tua di melaka , dan penduduk perumahan RkSk. 





Nie gambar sewaktu kami melihat hasil kraftangan daripada warga tua..

amat menarik..



Majlis suai kenal antara Ahli Perkim Kuis Bersama Warga Tua..


Sempat Menjadi Model Selendang Hasil Kraftangan Warga Tua di Rumah Orang tua


  Che Siti & Wan Kembang hihih



 Ini Hasil Kraftangan Yang diciplak oleh kami..
Menarikkan??huuhuhu



  sempat lg bergambar, curi tulang masa Muslimin sedang bergotong royong..
huhu jgn tiru cara kami yer~ huhu







Ini antara Me & Mt Baru Perkim Sesi 2011/2012, 
Belakang dr Kiri Serikandi Sufi ( sbg S/U perkim Kuis), Fareha ( Sbg T.Ydp 2 ), dan yg lain adalah Mt ,
Depan dr Kiri Syafiq, Zikri , ilham & Amir (sbg t.ydp 1) serta bayhaki



President Perkim baru tidak dapat hadir disebabkan ada perkara yg perlu diselesaikan..




Kami juga sempat menaiki Menara Taming Sari dan melawat sekitar bandar Melaka. Kami juga amat gembira kerana dapat makan free dan dapat melawat masjid bersejarah di Melaka.


Pada waktu malam pula kami sempat menaiki bot bersama2 dan mengelilingi Bandar Melaka , apa yg menarik semasa menaiki bot kami dialunkan juga dgn lagu tradisional negeri Melaka..
Tempat yg Paling last kami lawati ialah Taman Botanikal , ianya seperti hutan lumpur dan sesuai dijadikan tempat untuk menenagkan jiwa. dan tempat untuk meluahkan rasa syukur apabila melihat keindahan alam yg diciptakan oleh Allah S.W.T..

 Ini adalah gambar sebelum kami menaiki bot..


 Happy disaat menaiki bot bersama che mira mantan s/u perkim sesi 2009/2010

Dan dibawah ini adalah gambar kandid kami...sempat lg huhu
 Fun..FUn..Fun..

Apa yg penting yg kami nk bgtau Perkim Kuis Memang Best!!!

Friday, February 25, 2011

Pertemuan dr Allah

Sungguh indah hidup ini apabila dihayati dengan kekuatan iman yang ada pada diri 
Aku bersyukur kerana diprtemukan sahabat-sahabat yang telah membahagian aku dan menemani aku disaat kesunyian,
Pertemuan yang tidak pernah aku jangka dalam seumur hidupku..
sungguh indah segala aturan tuhan,
Kini aku punya sahabat, sahabat ku anggap seperti cermin yang selalu melihat peribadiku, jikalau buruk peribadiku , sahabat lah yg mengubahku dgn teguran..
Tahun ini aku telah temui seorang sahabat yang memang tidak pernah aku jangkakan,
Hidupku kini penuh dengan kecerian,
dia ceria dengan panggilanya wny, dia suka bangat dengan artis korea yg dipanggil Aung.
Mungkin sebab itulah namanya dipanggil Wny Aung.
First perkenalan kami, di dalam facebook..
dia selalu membuat kepala sy berasa hairan kerana selalu meng"like" segala status yg sy publish dekat wall. Time 2 sy x melayan sgt coz ingat kan dia lelaki, coz dkat wall fbnya ada gmbar lelaki, dan sy x mengushar dia punya fb time 2 coz malas nk melayan sgt.
Ada satu hari 2 sy tgk banyak gambar yg sy letakkn dlm fb dia meng "like" 
n tiba-tiba terdetik hati saya untuk menyelongkar dia punya facebook..
agak mengejutkan juga pabila melihat gambarnya, rupa2nya dia seorang perempuan..
hati saya tertarik utk mengenalinya dengan lebih dekat..
n tibanya masa kami berkenalan ketika kami sama2 online dalam facebook, n mase tue jgklah kami banyak berkongsi pendapat, sebab keserasian kami dlm berkongsi pendapat, saya mula meminta numbornya untuk dihubungi, dia dengan hati terbuka memberikan sy nombornya, walaupun pada masa tue kami belum mengenali dengan lebih dekat.
Lepas kemi berhubung melalui fb , bermulalah bibit2 ukhwah melalui sms..
tiap kali sy menerima sms drnya , bibir ini tidak putus2 senyum sendirian, 
dia banyak menghiburkan sy, sehingga satu saat kami nak sangat bertemu, kebetulan masa 2 dia mahu ke ukm , maybe ada assaigment sikit yg perlu disiapkan,
kemudian first kami berjumpa adalah di Metro kajang, dengan hati yg berdegup kencang
mahu mengenali dia, dan sy menunggunya di depan pintu masuk metro,
Agak terkejut pabila melihatnya, huhu cantik seindah namanya, tak disangka pertemuan pertama kami seumpama kitorg telah lama mengenali..
wny seorg yg peramah, montel, n cumel,
n yg bestnyer dia bawak abgnya dan k.iparnya yg baru kawin..
sweet sangat bila tengok org muda kawin, huhu
pastu, kami pergi makan dekat Kfc...

WnY & Itah
Ini antara gambar yg sempat kami ambil time first Date
kat atas kereta abgnya, Cumelkn kami..huhu
Semoga ukhwah yg terbina ini kekal keakhir hayat kami.
Amin..

Moralnya disini;
Kadang-kadang sahabat nie kita x perlu cari, mungkin dia akan hadir sendiri, sama ada cepat atau lambat itu semua tuhan yg aturkan, carilah sahabat yang membawa kita ke arah yg terbaik bukan mencari sahabat yang membawa kita ke arah kesesatan.
best bangat, sebenarnya pengalaman ini membuat kan hati sy rasa bertuah apabila menilai sebuah ukhwah , ukhwah yg menuju mardhotillah.
Bukan senang mencari sahabat, tetapi sahabat yang ikhlas akan hadir dalam hidup kita sekiranya hati kita penuh dgn kemanisan iman.
Jika kita mencari kawan , org yg mencuci longkang, hanyirlah bau kita, jika kita mencari kawan yg menjual minyak wangi pula , mungkin akan terlekat bau wangian itu dibadan kita,
begitulah perumpaan yg direka oleh sy apabila mencari seorang sahabat..
BerSahabat itu indah

Wallahua'lam


Tuesday, February 8, 2011

ReuNion SMPC Batch SpM 08 & StaM 09


Assalamualaikum..
Buat sahabat2 ana , spm batch 08 & Stam 09
Bulan March nanti , ana merancang untuk mengadakan 
Reunion . Ana nk kn kepastian dr antum semua bila tarikh yg sesuai untuk mengadakan reunion ini. Hope antum semua dapat bg cadangan , majlis nie juga diadakan bertujuan untuk menyambut kepulangan sahabat2 ana n antum yang selamat pulang ke Malaysia atas sebab pergolakan yg berlaku d' Mesir. Harap juga dengan majlis yang bakal diadakan ini dpt merapatkan lg ukhwah ex-student Msmp..
Ana mahukan cadangan dr antum semua untik majlis ini..
- Tarikh yg sesuai
- Masa
- Tempat  ( ana cadangkan dekat Msmpc )
- Bayaran  ( atas kesepakatan antum untuk melancarkan majlis ini)..

Mohon suraya Naqibah kelas 5 Khadijah
emailkan senarai nama kelas 5 khadijah sekali ngn     nombo telefon..

Mohon Ruqiyyah Naqibah Kelas 5 Aisyah
emailkan senarai nama kelas 5 Aisyah sekali dengan nombor telefon..

Segala pertanyaan boleh hubungi ana ( Wan Masyitah Shukri @ email : wajhah_unic21@yahoo.com.my) Mobile phone : 019-3733096..

Kerjasama antum semua amat ana hargai..Syukran

Sekian..



Thursday, January 13, 2011

Serikan Iman Dengan keindahan Qiamulail






" Dan Bangunlah Sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud pada-NYa sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari Akhirat di tempat yang terpuji" ( Surah Al-Isra' ayat 79) 

      Qiamullail merupakan satu amalan sunat yang bererti " Bangun Malam" iaitu bagun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Amalan Qiamullail bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadah yang sudah menjadi darah daging atau amalan para Rasul , Nabi-Nabi, Orang Soleh dan Para Ulama'.

      Qiamullail berperanan meningkatkan keimanan ketaqwaan seseorang induvidu itu dalam kehidupan. Apabila lahirnya sifat keimanan dan ketaqwaan ini , mungkin akan menjadikan seseorang itu lebih Istiqamah dalam melakukan segala ibadah.

     Qiamullail juga meninggikan darjat seseorang itu disisi Allah. Kayanya seseorang itu disisi Allah bukanlah daripada hartanya tetapi daripada ilmu dan ibadahnya semat-mata kerana Allah S.W.T bukan kerana orang lain.

   Qiamullail juga akan mewujudkan rasa kekhusyukan dalam beribadat. Dengan berqiamullail, seseorang itu akan merasai ketenangan jiwa dalam beribadah tanpa memikirkan hal-hal lain.

    Qiamullail mendidik jiwa agar sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Kita sebagai hamba perlulah bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan  umur dan diberi peluang untuk mengabikan diri kita kepada Allah S.W.T.

     Qiamullail dapat melatih diri untuk mengharap keredhaan Allah. Yakin pada diri dan lakukan segala perkara bukan kerana terpaksa.

       Qiamullail juga akan menajamkan Akal fikiran supaya berfikiran cergas, kreatif dan analitis. Seseorang yang selalu melakukan Qiamullail Fikiranya itu akan memikirkan segala perkara kehadapan dan berfikiran matang  serta mereka tidak langsung melakukan perkara yang tidak berfaedah dan melampaui batas syariat.

     Qiamullail berperanan juga  menambahkan lagi rasa kekerdilan disisi Allah dan bertawakal kepadanya. Secara tidak langsung , ia akan menyedarkan kita bahawa kerdilnya kita disisi Allah ibarat batu-batu kecil di tanah dan setiap apa yang berlaku terhadap diri seseorang itu, semuanya ditentukan oleh Allah S.W.T.


Hadis Muttafaq Alaih pernah menyebut "Bahawa Rasulullah S.A.W bangun sebahagian daripada malam sembahyang hingga bengkak kedua kakinya, Maka Aisyah berkata kepada baginda, mengapa Rasulullah S.A.W melakukan ini semua, Bukankan dosa tuan telah diampunkan oleh Allah samada yang yang terdahulu ataupun yang terkemudian ? Baginda menjawab , salahkah aku menjadi hambanya yang bersyukur?"


   Antara Ganjaran Qiamullail  :-

  • Orang yang mengerjakan Qiamulallail akan tinggal didalam syurga pada sebuah bilik yang nampak bahagian zahirnya dari luarnya.
  • Qiamullail menyebabkan diberikan ganhjaran syurga dengan Selamat,
  • Qiamullail merupakan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T dan meyebabkan beroleh rahmat kasih sayangnya.
  • Pahala Qiamullail adalah seperti sedekah dengan senyap-senyap.
  • Mendapat kemuliaan orang mukmin dan merupakan orang yang termulia diantara umat.
  • Dilindungi dari kejahatan Jin dan syaitan
  • Dikelilingi bidadari hingga ke subuh
  • Menyebabkan Allah S.W.T cinta kepadanya
  • Disediakan Pokok Kayu di dalam syurga yang mengeluarkan emas, permata dan berlian.
  • Diperkenankan doanya dan merupakan petanda orang-orang yang soleh dan dekat denagn Allah S.W.T
  • Ditulis sebagai orang yang rajin berzikir kepada Allah S.W.T dan beribadat yang menyebabkan ia diberi ganjaran syurga.

Kelebihan Qiamullail :-

  • Mendapat pengawasan Allah S.W.T dan menampakkan kesan-kesan ketaatan diwajahnya.
  • Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang-orang mukmin
  • Dimudahkan hisab ke atasnya.
  • Senang melalui titian siratul mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  • Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan 
  • Jauh daripada kebinasaan
  • percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana
  • Wajahnya akan bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan dipadang mahsyar

 Qiamullail merupakan sunnah nabi amalan para solehin, orang-orang soleh dan golongan yang mengakui kehinaanya disisi Allah, sebaik-baik ganjaran, Nikmat dan rezeki hanyalah dari Allah yang maha pemurah dan pemberian nikmat. Seharusnya sebagai umat islam yang mengakui mencintai Rasulullah mengikuti sunnahnya dalam mengerjakan solat malam.

Ayuh Sahabat.....

JOM QIAMULLAIL

Monday, January 10, 2011

Muhasabah

"Aku tidak malu sekiranya aku kelihatan bodoh bila

 berhadapan dengan sahabat2ku, Tetapi aku akan malu 

sekiranya aku bodoh dihadapan ALLAH iaitu bodoh 

dengan ilmu agama dari-Nya" (^_^)


‎" Aku tidak mahu peduli sekiranya ada sesiapa 

mengatakan aku ketinggalan zaman kerana memakai

 tudung labuh, kerana aku akan malu sekiranya hamba 

yang mendapat redho-Mu memandangku ketika aku 

sedang masak dalam Bahang Api Neraka". 

Nauzubillah... Ya Allah, perkenankanlah doaku dan kau 

golongkanlah aku dikalangan Hamba-hamba-Mu yang 

Solehah" Amin..

Indahnya Ukwah di MSMP

Assalamualaikum.. sahabat semua...
* Nie coretan isi hati ana
* Maaf banyak-banyak sebab penulisan ana banyak lagi yang perlu di perbaiki, coz sekarang ana baru start berjinak2 dalam dunia penulisan..


Untukmu sahabatku sayang..
Terasa rindu hati nie mahu bersua dengan kalian semua..
Kalam ini ana titipkan kepada antum semua yang berada di bumi anbia'/ Mesir
( Fasihah, Salsabila, Hidayah, Anah, Khalilah, Alifah nazirah , Raihan dan kepada yg x disebut)
Tidak lupa juga Kepada sahabat ana di UIAM ( Suraya, Nik Hafizah), Sahabat-sahabat di Usim (Amalina, milah), di Kelantan (Aina, ti'ah, zuriyah, aunie) dan yang student msmp yang mengenali ana.
Walaupun Jauh dari ana tetapi hati ana tidak pernah jauh dari antum semua..
Ana yakin ukwah yang dibina selama ini telah membuahkan bait-bait cinta yang menuju mardhotillah..
Sehari pun ana sukar melupakan antum semua,
Semoga Segala urusan antum dipermudahkan oleh Allah S.W.T
Ana tahu setiap pertemuan pasti adanya Perpisahan , tp ana yakin perpisahan kita ini akan berakhir dengan pertemuan pastinya merapatkan lagi jalinan ukhwah antara kita..
Ana masih lagi terimbau kembali saat -saat kita bersama, ketika dibangku persekolahan.
Kadang2 membuatkan ana tersenyum sendiri, kadang-kadang menggugurkan air mata ana..
Saat bersama Fasihah & Amalina, kowang mula rapat ngn akak mase form 3 sampai la akak habis study di Msmp. kenangan kita bersama berjalan seiring, belajar berbincang bersama-sama, saat yang selalu membuat akak bahagia, indahnya ukwah kita, sehinggakan rasenya tak betah jauh dari korg, ... Kadang-kadang kita pernah bernasyid bersama-sama sewaktu kelas, buat lawak sama-sama. Indahnya kalau saat itu kembali semua, kembali bersua , tiap kali exam menjelma kita sama2 bertungkus lumus study, akak suka sangat time ah ajar akak subject English, akak memang lemah subject 2 tapi ah x pernah berputus asa nk tlg akak , ah suh akak selalu dengan lagu english, suh bace buku eglish n banyakkan tengok english movie.. Thanks ah, dengan dorongan dan semangat dari ah sekarang akak dah berminat belajar subject 2..:-) ,Nanti ah balik kita belajar sama-sama lagi erk,Ah seorang gadis yang cumel, akak suka tgk matanya yang besar huhuh, jangan marah ah... Amalina pulak seorang gadis yang lawa , tinggi ..ina juga banyak ajar akak dalam subject 'Sejarah' suka sangat tengok ina ajar akak.. walau pun lembut tapi akak bleh paham apa yang ina ajar.. Dulu lau time rehat ah ngan ina la jadi teman akak ke kantin..sukanya..akak x leh lupa saat tue..
akak sayang korang semua...
Nie plak cerita budak Pustakawan huhu, husnul, alifah, anah, aina and asmira, Amalina, korang semua  teman seperjuangan ana, sukanya time kita meeting sekali , Mase first chepah jadi pengerusi pustakawan , Chepah malu2 je nak bersuara tapi dalam malu-malu tue alifah tegas menguruskan maktabah. ana suka sangat maktabah Msmp sebab kat situ jugalah lahirnya bait-bait ukhwan antara kita, gotong royong bersama-sama. Ana respect korang sume tau..Kat maktabah 2 jugaklah lahirnya ciri2 kepimpinan dalam diri kita, semoga kepimpinan ini diteruskan sampai akhir hayat. Kerana kau sahabat , kawan dan teman..
Nie untuk Sahabat ana yang qiut iaitu khalilah nge suraya n geng badan dakwah termasuk ida, ana suka kawan ngan antum tau , antum banyak bagi nasihat kat ana mase kat msmp dulu.. Nasihat antum ana selalu jadikan perubahan pada diri ana.. Indahnya ukhwah bersama korang, antum tau x ana suka sangat bila dengar khalilah and sue mengaji.... best sgt... sampai naik bulu roma ana bila dengar korang bace... rase insaf dalam diri pun ada. Korang gak banyak nasihat kat ana mase ana tgh mentah huhu, korang gtau ana hukum-hukum mendekati zina....baguslah korang nie, ana suka kawan ngn kowang tau.... sekarang nasihat kowg telah merubah ana ke arah yang terbaik...sekarang ana dah boleh pikir matang..thanks bangat erk..sayang kowang semua..nanti kita jumpa kowg jangan lupa bg nasihat lagi erk..ana rindu sgt kat nasihat antum.
Nie utk kawan-kawan ana yang satu kepala..huhu geng chap gajos..haha untuk aina, t'ah aunie and zuriah n mira..
ana rindukan gelak tawa korang, kowg banyak menggelikan hati ana.. bergurau bersama..kadang2 mengumpat pun bersama( mase 2zaman jahiliah) huhu ..tapi sekarang ana terpaksa berpisah ngn kowg sbb masing2 ikut haluan sendiri.. bila kita nk wat renion..rindu giler nie...huhu apa yang ana harapkan ukwah kita nie tak hanya berhenti disini..insyAAllah kita akan jumpa lagi..
Owh yee sebenarnya banyak lagi ana nk kongsi citer ngn antum semua..tp mungkin lain mase erk..sbb mase nie cemburu sgt kat ana ..cemburu bila tgk ana menulis.huhu... tunggu kemunculannya nanti erk sahabat2ku..

Friday, January 7, 2011

Tutuplah Auratmu, Bukalah hatimu dengan Ilmu

Bercakap tentang aurat, mesti muslimat hanya tahu cara menutup aurat dengan memakai  tudung sahaja. tanpa meghiraukan saiz atau jarangnya sesuatu pakaian yang dipakai ,bagi mereka itu cukup memadai , Sebenarnya ramai wanita yang tidak mahu menitik beratkan hal aurat, sedangkan bagi wanita menutup aurat adalah wajib, apabila wajib ia dianggap jika melakukanya akan mendapat pahala dan jika meninggalkannya kita akan mendapat dosa. Aurat dari segi perspektif Islam merupakan sesuatu yang boleh mengaibkan seseorang jika ia terdedah dan juga bahagian fizikal manusia terutamanya wanita yang wajib ditutup dan lindungi dari perhatian orang ramai atau lelaki yang belum ada pertalian. Tapi saya hairan , walaupun sudah bnyak disebarkan tentang aurat masih ramai lagi yang tidak mahu mengubah. Sehinggakan dalam satu kempen aurat yang diadakan di kampus saya ramai mahasiswa yang tidak mahu meringankan diri mereka untuk menyokong kempen tersebut. Saya mahu mengajak muslimat semua semoga dapat menghayati makna disebalik surah an-nur...moga-moga dapat menambahkan ilmu dan mengubah kita semua kejalan yang terbaik. Di  lain waktu saya jika diizinkan masa sy akan cuba mengupas isu aurat ini dengan lebih terperinci...

Sesungguhnya wanita solehah itu sentiasa menjaga auratnya..
Jagalah perhiasan kamu wahai muslimah~


‎" Tutuplah Auratmu Wahai Muslimat, Bukalah Mindamu Dengan Ilmu"
Sesungguhnya Allah tidak akn mengubah diri kita, melainkan kita mengubahnya
Sendiri, kalau nak tunggu datang seru sampai bila2 pun xkn berubah"
Inggatlah kamu wahai muslimat hidup kita nie semakin singkat..
Renung2kan dan selamat beramal....(^_^)



~Mahbubati~