Followers

Thursday, January 13, 2011

Serikan Iman Dengan keindahan Qiamulail






" Dan Bangunlah Sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud pada-NYa sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari Akhirat di tempat yang terpuji" ( Surah Al-Isra' ayat 79) 

      Qiamullail merupakan satu amalan sunat yang bererti " Bangun Malam" iaitu bagun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Amalan Qiamullail bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadah yang sudah menjadi darah daging atau amalan para Rasul , Nabi-Nabi, Orang Soleh dan Para Ulama'.

      Qiamullail berperanan meningkatkan keimanan ketaqwaan seseorang induvidu itu dalam kehidupan. Apabila lahirnya sifat keimanan dan ketaqwaan ini , mungkin akan menjadikan seseorang itu lebih Istiqamah dalam melakukan segala ibadah.

     Qiamullail juga meninggikan darjat seseorang itu disisi Allah. Kayanya seseorang itu disisi Allah bukanlah daripada hartanya tetapi daripada ilmu dan ibadahnya semat-mata kerana Allah S.W.T bukan kerana orang lain.

   Qiamullail juga akan mewujudkan rasa kekhusyukan dalam beribadat. Dengan berqiamullail, seseorang itu akan merasai ketenangan jiwa dalam beribadah tanpa memikirkan hal-hal lain.

    Qiamullail mendidik jiwa agar sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Kita sebagai hamba perlulah bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan  umur dan diberi peluang untuk mengabikan diri kita kepada Allah S.W.T.

     Qiamullail dapat melatih diri untuk mengharap keredhaan Allah. Yakin pada diri dan lakukan segala perkara bukan kerana terpaksa.

       Qiamullail juga akan menajamkan Akal fikiran supaya berfikiran cergas, kreatif dan analitis. Seseorang yang selalu melakukan Qiamullail Fikiranya itu akan memikirkan segala perkara kehadapan dan berfikiran matang  serta mereka tidak langsung melakukan perkara yang tidak berfaedah dan melampaui batas syariat.

     Qiamullail berperanan juga  menambahkan lagi rasa kekerdilan disisi Allah dan bertawakal kepadanya. Secara tidak langsung , ia akan menyedarkan kita bahawa kerdilnya kita disisi Allah ibarat batu-batu kecil di tanah dan setiap apa yang berlaku terhadap diri seseorang itu, semuanya ditentukan oleh Allah S.W.T.


Hadis Muttafaq Alaih pernah menyebut "Bahawa Rasulullah S.A.W bangun sebahagian daripada malam sembahyang hingga bengkak kedua kakinya, Maka Aisyah berkata kepada baginda, mengapa Rasulullah S.A.W melakukan ini semua, Bukankan dosa tuan telah diampunkan oleh Allah samada yang yang terdahulu ataupun yang terkemudian ? Baginda menjawab , salahkah aku menjadi hambanya yang bersyukur?"


   Antara Ganjaran Qiamullail  :-

  • Orang yang mengerjakan Qiamulallail akan tinggal didalam syurga pada sebuah bilik yang nampak bahagian zahirnya dari luarnya.
  • Qiamullail menyebabkan diberikan ganhjaran syurga dengan Selamat,
  • Qiamullail merupakan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T dan meyebabkan beroleh rahmat kasih sayangnya.
  • Pahala Qiamullail adalah seperti sedekah dengan senyap-senyap.
  • Mendapat kemuliaan orang mukmin dan merupakan orang yang termulia diantara umat.
  • Dilindungi dari kejahatan Jin dan syaitan
  • Dikelilingi bidadari hingga ke subuh
  • Menyebabkan Allah S.W.T cinta kepadanya
  • Disediakan Pokok Kayu di dalam syurga yang mengeluarkan emas, permata dan berlian.
  • Diperkenankan doanya dan merupakan petanda orang-orang yang soleh dan dekat denagn Allah S.W.T
  • Ditulis sebagai orang yang rajin berzikir kepada Allah S.W.T dan beribadat yang menyebabkan ia diberi ganjaran syurga.

Kelebihan Qiamullail :-

  • Mendapat pengawasan Allah S.W.T dan menampakkan kesan-kesan ketaatan diwajahnya.
  • Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang-orang mukmin
  • Dimudahkan hisab ke atasnya.
  • Senang melalui titian siratul mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  • Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan 
  • Jauh daripada kebinasaan
  • percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana
  • Wajahnya akan bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan dipadang mahsyar

 Qiamullail merupakan sunnah nabi amalan para solehin, orang-orang soleh dan golongan yang mengakui kehinaanya disisi Allah, sebaik-baik ganjaran, Nikmat dan rezeki hanyalah dari Allah yang maha pemurah dan pemberian nikmat. Seharusnya sebagai umat islam yang mengakui mencintai Rasulullah mengikuti sunnahnya dalam mengerjakan solat malam.

Ayuh Sahabat.....

JOM QIAMULLAIL

Monday, January 10, 2011

Muhasabah

"Aku tidak malu sekiranya aku kelihatan bodoh bila

 berhadapan dengan sahabat2ku, Tetapi aku akan malu 

sekiranya aku bodoh dihadapan ALLAH iaitu bodoh 

dengan ilmu agama dari-Nya" (^_^)


‎" Aku tidak mahu peduli sekiranya ada sesiapa 

mengatakan aku ketinggalan zaman kerana memakai

 tudung labuh, kerana aku akan malu sekiranya hamba 

yang mendapat redho-Mu memandangku ketika aku 

sedang masak dalam Bahang Api Neraka". 

Nauzubillah... Ya Allah, perkenankanlah doaku dan kau 

golongkanlah aku dikalangan Hamba-hamba-Mu yang 

Solehah" Amin..

Indahnya Ukwah di MSMP

Assalamualaikum.. sahabat semua...
* Nie coretan isi hati ana
* Maaf banyak-banyak sebab penulisan ana banyak lagi yang perlu di perbaiki, coz sekarang ana baru start berjinak2 dalam dunia penulisan..


Untukmu sahabatku sayang..
Terasa rindu hati nie mahu bersua dengan kalian semua..
Kalam ini ana titipkan kepada antum semua yang berada di bumi anbia'/ Mesir
( Fasihah, Salsabila, Hidayah, Anah, Khalilah, Alifah nazirah , Raihan dan kepada yg x disebut)
Tidak lupa juga Kepada sahabat ana di UIAM ( Suraya, Nik Hafizah), Sahabat-sahabat di Usim (Amalina, milah), di Kelantan (Aina, ti'ah, zuriyah, aunie) dan yang student msmp yang mengenali ana.
Walaupun Jauh dari ana tetapi hati ana tidak pernah jauh dari antum semua..
Ana yakin ukwah yang dibina selama ini telah membuahkan bait-bait cinta yang menuju mardhotillah..
Sehari pun ana sukar melupakan antum semua,
Semoga Segala urusan antum dipermudahkan oleh Allah S.W.T
Ana tahu setiap pertemuan pasti adanya Perpisahan , tp ana yakin perpisahan kita ini akan berakhir dengan pertemuan pastinya merapatkan lagi jalinan ukhwah antara kita..
Ana masih lagi terimbau kembali saat -saat kita bersama, ketika dibangku persekolahan.
Kadang2 membuatkan ana tersenyum sendiri, kadang-kadang menggugurkan air mata ana..
Saat bersama Fasihah & Amalina, kowang mula rapat ngn akak mase form 3 sampai la akak habis study di Msmp. kenangan kita bersama berjalan seiring, belajar berbincang bersama-sama, saat yang selalu membuat akak bahagia, indahnya ukwah kita, sehinggakan rasenya tak betah jauh dari korg, ... Kadang-kadang kita pernah bernasyid bersama-sama sewaktu kelas, buat lawak sama-sama. Indahnya kalau saat itu kembali semua, kembali bersua , tiap kali exam menjelma kita sama2 bertungkus lumus study, akak suka sangat time ah ajar akak subject English, akak memang lemah subject 2 tapi ah x pernah berputus asa nk tlg akak , ah suh akak selalu dengan lagu english, suh bace buku eglish n banyakkan tengok english movie.. Thanks ah, dengan dorongan dan semangat dari ah sekarang akak dah berminat belajar subject 2..:-) ,Nanti ah balik kita belajar sama-sama lagi erk,Ah seorang gadis yang cumel, akak suka tgk matanya yang besar huhuh, jangan marah ah... Amalina pulak seorang gadis yang lawa , tinggi ..ina juga banyak ajar akak dalam subject 'Sejarah' suka sangat tengok ina ajar akak.. walau pun lembut tapi akak bleh paham apa yang ina ajar.. Dulu lau time rehat ah ngan ina la jadi teman akak ke kantin..sukanya..akak x leh lupa saat tue..
akak sayang korang semua...
Nie plak cerita budak Pustakawan huhu, husnul, alifah, anah, aina and asmira, Amalina, korang semua  teman seperjuangan ana, sukanya time kita meeting sekali , Mase first chepah jadi pengerusi pustakawan , Chepah malu2 je nak bersuara tapi dalam malu-malu tue alifah tegas menguruskan maktabah. ana suka sangat maktabah Msmp sebab kat situ jugalah lahirnya bait-bait ukhwan antara kita, gotong royong bersama-sama. Ana respect korang sume tau..Kat maktabah 2 jugaklah lahirnya ciri2 kepimpinan dalam diri kita, semoga kepimpinan ini diteruskan sampai akhir hayat. Kerana kau sahabat , kawan dan teman..
Nie untuk Sahabat ana yang qiut iaitu khalilah nge suraya n geng badan dakwah termasuk ida, ana suka kawan ngan antum tau , antum banyak bagi nasihat kat ana mase kat msmp dulu.. Nasihat antum ana selalu jadikan perubahan pada diri ana.. Indahnya ukhwah bersama korang, antum tau x ana suka sangat bila dengar khalilah and sue mengaji.... best sgt... sampai naik bulu roma ana bila dengar korang bace... rase insaf dalam diri pun ada. Korang gak banyak nasihat kat ana mase ana tgh mentah huhu, korang gtau ana hukum-hukum mendekati zina....baguslah korang nie, ana suka kawan ngn kowang tau.... sekarang nasihat kowg telah merubah ana ke arah yang terbaik...sekarang ana dah boleh pikir matang..thanks bangat erk..sayang kowang semua..nanti kita jumpa kowg jangan lupa bg nasihat lagi erk..ana rindu sgt kat nasihat antum.
Nie utk kawan-kawan ana yang satu kepala..huhu geng chap gajos..haha untuk aina, t'ah aunie and zuriah n mira..
ana rindukan gelak tawa korang, kowg banyak menggelikan hati ana.. bergurau bersama..kadang2 mengumpat pun bersama( mase 2zaman jahiliah) huhu ..tapi sekarang ana terpaksa berpisah ngn kowg sbb masing2 ikut haluan sendiri.. bila kita nk wat renion..rindu giler nie...huhu apa yang ana harapkan ukwah kita nie tak hanya berhenti disini..insyAAllah kita akan jumpa lagi..
Owh yee sebenarnya banyak lagi ana nk kongsi citer ngn antum semua..tp mungkin lain mase erk..sbb mase nie cemburu sgt kat ana ..cemburu bila tgk ana menulis.huhu... tunggu kemunculannya nanti erk sahabat2ku..

Friday, January 7, 2011

Tutuplah Auratmu, Bukalah hatimu dengan Ilmu

Bercakap tentang aurat, mesti muslimat hanya tahu cara menutup aurat dengan memakai  tudung sahaja. tanpa meghiraukan saiz atau jarangnya sesuatu pakaian yang dipakai ,bagi mereka itu cukup memadai , Sebenarnya ramai wanita yang tidak mahu menitik beratkan hal aurat, sedangkan bagi wanita menutup aurat adalah wajib, apabila wajib ia dianggap jika melakukanya akan mendapat pahala dan jika meninggalkannya kita akan mendapat dosa. Aurat dari segi perspektif Islam merupakan sesuatu yang boleh mengaibkan seseorang jika ia terdedah dan juga bahagian fizikal manusia terutamanya wanita yang wajib ditutup dan lindungi dari perhatian orang ramai atau lelaki yang belum ada pertalian. Tapi saya hairan , walaupun sudah bnyak disebarkan tentang aurat masih ramai lagi yang tidak mahu mengubah. Sehinggakan dalam satu kempen aurat yang diadakan di kampus saya ramai mahasiswa yang tidak mahu meringankan diri mereka untuk menyokong kempen tersebut. Saya mahu mengajak muslimat semua semoga dapat menghayati makna disebalik surah an-nur...moga-moga dapat menambahkan ilmu dan mengubah kita semua kejalan yang terbaik. Di  lain waktu saya jika diizinkan masa sy akan cuba mengupas isu aurat ini dengan lebih terperinci...

Sesungguhnya wanita solehah itu sentiasa menjaga auratnya..
Jagalah perhiasan kamu wahai muslimah~


‎" Tutuplah Auratmu Wahai Muslimat, Bukalah Mindamu Dengan Ilmu"
Sesungguhnya Allah tidak akn mengubah diri kita, melainkan kita mengubahnya
Sendiri, kalau nak tunggu datang seru sampai bila2 pun xkn berubah"
Inggatlah kamu wahai muslimat hidup kita nie semakin singkat..
Renung2kan dan selamat beramal....(^_^)



ISRA' MI'RAJ Dan PERJUANGAN DAKWAH ISLAM

Meneliti kembali rentetan peristiwa sebelum berlakunya isra'mikraj ini, bagaimana baginda dan golongan as-Saabiqun Al-Awwalun yang ikhlas berjuang telah menempuh pelbagai cabaran dan pahit maung dalam berdakwah. Pelbagai peristiwa yang terpaksa diterima dan dihadapi oleh baginda. Ini termasuklah usaha pemboikotan yang telah dilakukan oleh musryikin Quraisy terhadap kaum muslimin. Selain itu, kematian isteri tercinta yang merupakan penyokong utama dakwah islam di mekah iaitu saidatina Khadijah RadhiAllahu'annha, diikuti kematian bapa saudaranya Abu Talibyang sentiaa membela serta melindungi diri Rasulullah s.a.w daripada ancaman dan penyeksaan orang-orang musyrikin Quraisy. Selain dari itu, Keperitan penolakan seruan dakwah oleh masyarakat Thaif menambahkan lagi kedukaan baginda , Justeru itu, peristiwa isra' dan Mi'raj merupakan suatu mukjizat yang menjadi pengubat kepada kesedihan dan kedukaan yang dialami oleh Baginda.

~Mahbubati~