Followers

Friday, January 7, 2011

Tutuplah Auratmu, Bukalah hatimu dengan Ilmu

Bercakap tentang aurat, mesti muslimat hanya tahu cara menutup aurat dengan memakai  tudung sahaja. tanpa meghiraukan saiz atau jarangnya sesuatu pakaian yang dipakai ,bagi mereka itu cukup memadai , Sebenarnya ramai wanita yang tidak mahu menitik beratkan hal aurat, sedangkan bagi wanita menutup aurat adalah wajib, apabila wajib ia dianggap jika melakukanya akan mendapat pahala dan jika meninggalkannya kita akan mendapat dosa. Aurat dari segi perspektif Islam merupakan sesuatu yang boleh mengaibkan seseorang jika ia terdedah dan juga bahagian fizikal manusia terutamanya wanita yang wajib ditutup dan lindungi dari perhatian orang ramai atau lelaki yang belum ada pertalian. Tapi saya hairan , walaupun sudah bnyak disebarkan tentang aurat masih ramai lagi yang tidak mahu mengubah. Sehinggakan dalam satu kempen aurat yang diadakan di kampus saya ramai mahasiswa yang tidak mahu meringankan diri mereka untuk menyokong kempen tersebut. Saya mahu mengajak muslimat semua semoga dapat menghayati makna disebalik surah an-nur...moga-moga dapat menambahkan ilmu dan mengubah kita semua kejalan yang terbaik. Di  lain waktu saya jika diizinkan masa sy akan cuba mengupas isu aurat ini dengan lebih terperinci...

Sesungguhnya wanita solehah itu sentiasa menjaga auratnya..
Jagalah perhiasan kamu wahai muslimah~


‎" Tutuplah Auratmu Wahai Muslimat, Bukalah Mindamu Dengan Ilmu"
Sesungguhnya Allah tidak akn mengubah diri kita, melainkan kita mengubahnya
Sendiri, kalau nak tunggu datang seru sampai bila2 pun xkn berubah"
Inggatlah kamu wahai muslimat hidup kita nie semakin singkat..
Renung2kan dan selamat beramal....(^_^)



0 comments:

~Mahbubati~