Followers

Thursday, January 13, 2011

Serikan Iman Dengan keindahan Qiamulail






" Dan Bangunlah Sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud pada-NYa sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari Akhirat di tempat yang terpuji" ( Surah Al-Isra' ayat 79) 

      Qiamullail merupakan satu amalan sunat yang bererti " Bangun Malam" iaitu bagun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Amalan Qiamullail bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadah yang sudah menjadi darah daging atau amalan para Rasul , Nabi-Nabi, Orang Soleh dan Para Ulama'.

      Qiamullail berperanan meningkatkan keimanan ketaqwaan seseorang induvidu itu dalam kehidupan. Apabila lahirnya sifat keimanan dan ketaqwaan ini , mungkin akan menjadikan seseorang itu lebih Istiqamah dalam melakukan segala ibadah.

     Qiamullail juga meninggikan darjat seseorang itu disisi Allah. Kayanya seseorang itu disisi Allah bukanlah daripada hartanya tetapi daripada ilmu dan ibadahnya semat-mata kerana Allah S.W.T bukan kerana orang lain.

   Qiamullail juga akan mewujudkan rasa kekhusyukan dalam beribadat. Dengan berqiamullail, seseorang itu akan merasai ketenangan jiwa dalam beribadah tanpa memikirkan hal-hal lain.

    Qiamullail mendidik jiwa agar sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Kita sebagai hamba perlulah bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan  umur dan diberi peluang untuk mengabikan diri kita kepada Allah S.W.T.

     Qiamullail dapat melatih diri untuk mengharap keredhaan Allah. Yakin pada diri dan lakukan segala perkara bukan kerana terpaksa.

       Qiamullail juga akan menajamkan Akal fikiran supaya berfikiran cergas, kreatif dan analitis. Seseorang yang selalu melakukan Qiamullail Fikiranya itu akan memikirkan segala perkara kehadapan dan berfikiran matang  serta mereka tidak langsung melakukan perkara yang tidak berfaedah dan melampaui batas syariat.

     Qiamullail berperanan juga  menambahkan lagi rasa kekerdilan disisi Allah dan bertawakal kepadanya. Secara tidak langsung , ia akan menyedarkan kita bahawa kerdilnya kita disisi Allah ibarat batu-batu kecil di tanah dan setiap apa yang berlaku terhadap diri seseorang itu, semuanya ditentukan oleh Allah S.W.T.


Hadis Muttafaq Alaih pernah menyebut "Bahawa Rasulullah S.A.W bangun sebahagian daripada malam sembahyang hingga bengkak kedua kakinya, Maka Aisyah berkata kepada baginda, mengapa Rasulullah S.A.W melakukan ini semua, Bukankan dosa tuan telah diampunkan oleh Allah samada yang yang terdahulu ataupun yang terkemudian ? Baginda menjawab , salahkah aku menjadi hambanya yang bersyukur?"


   Antara Ganjaran Qiamullail  :-

  • Orang yang mengerjakan Qiamulallail akan tinggal didalam syurga pada sebuah bilik yang nampak bahagian zahirnya dari luarnya.
  • Qiamullail menyebabkan diberikan ganhjaran syurga dengan Selamat,
  • Qiamullail merupakan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T dan meyebabkan beroleh rahmat kasih sayangnya.
  • Pahala Qiamullail adalah seperti sedekah dengan senyap-senyap.
  • Mendapat kemuliaan orang mukmin dan merupakan orang yang termulia diantara umat.
  • Dilindungi dari kejahatan Jin dan syaitan
  • Dikelilingi bidadari hingga ke subuh
  • Menyebabkan Allah S.W.T cinta kepadanya
  • Disediakan Pokok Kayu di dalam syurga yang mengeluarkan emas, permata dan berlian.
  • Diperkenankan doanya dan merupakan petanda orang-orang yang soleh dan dekat denagn Allah S.W.T
  • Ditulis sebagai orang yang rajin berzikir kepada Allah S.W.T dan beribadat yang menyebabkan ia diberi ganjaran syurga.

Kelebihan Qiamullail :-

  • Mendapat pengawasan Allah S.W.T dan menampakkan kesan-kesan ketaatan diwajahnya.
  • Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang-orang mukmin
  • Dimudahkan hisab ke atasnya.
  • Senang melalui titian siratul mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  • Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan 
  • Jauh daripada kebinasaan
  • percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana
  • Wajahnya akan bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan dipadang mahsyar

 Qiamullail merupakan sunnah nabi amalan para solehin, orang-orang soleh dan golongan yang mengakui kehinaanya disisi Allah, sebaik-baik ganjaran, Nikmat dan rezeki hanyalah dari Allah yang maha pemurah dan pemberian nikmat. Seharusnya sebagai umat islam yang mengakui mencintai Rasulullah mengikuti sunnahnya dalam mengerjakan solat malam.

Ayuh Sahabat.....

JOM QIAMULLAIL

0 comments:

~Mahbubati~