Followers

Friday, January 7, 2011

ISRA' MI'RAJ Dan PERJUANGAN DAKWAH ISLAM

Meneliti kembali rentetan peristiwa sebelum berlakunya isra'mikraj ini, bagaimana baginda dan golongan as-Saabiqun Al-Awwalun yang ikhlas berjuang telah menempuh pelbagai cabaran dan pahit maung dalam berdakwah. Pelbagai peristiwa yang terpaksa diterima dan dihadapi oleh baginda. Ini termasuklah usaha pemboikotan yang telah dilakukan oleh musryikin Quraisy terhadap kaum muslimin. Selain itu, kematian isteri tercinta yang merupakan penyokong utama dakwah islam di mekah iaitu saidatina Khadijah RadhiAllahu'annha, diikuti kematian bapa saudaranya Abu Talibyang sentiaa membela serta melindungi diri Rasulullah s.a.w daripada ancaman dan penyeksaan orang-orang musyrikin Quraisy. Selain dari itu, Keperitan penolakan seruan dakwah oleh masyarakat Thaif menambahkan lagi kedukaan baginda , Justeru itu, peristiwa isra' dan Mi'raj merupakan suatu mukjizat yang menjadi pengubat kepada kesedihan dan kedukaan yang dialami oleh Baginda.

0 comments:

~Mahbubati~